SEJARAH RINGKAS SEKOLAH
Bangunan awal Sekolah Kebangsaan Tandop Besar mula dibina di Kampung Kubang Bemban sekitar tahun 1950. Pengasas sekolah ini ialah Syed Embun bin Syed Hussein (Penghulu) dan Tuan Haji Rahman bin Haji Ali (Imam).
Dengan hanya berdindingkan kayu hutan dan beratap rumbia, pada tahun 1951 bangunan baru didirikan dengan keluasan 20' X 40'. Di antara kampung yang menghantar anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tandop Besar ketika itu ialah Kampung Kubang Kenyeng, Kampung Lubuk Perong, Kampung Tandop Besar, Kampung Pong Manis, Kampung Pong Utara dan Kampung Sireh.
Oleh kerana bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung pertambahan jumlah murid, maka pada tahun 1953 pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah memberi bahan binaan di atas tanah kerajaan seluas 4 ‘relong’ di tapak baru yang terletak di Kampung Tandop Besar. Bangunan sekolah ini dibina secara gotong-royong.
Pada tahun 1963, bangunan blok A telah didirikan dan diikuti bangunan blok B pada tahun 1970. Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Dato' Syed Shahabudin bin Syed Mahmud pada ketika itu dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Tandop Besar pada tahun 1978.
1. SK Kampung Belukar 2. SMK Dato' Syed Ahmad 3. SMK Pedu
NAMA SEKOLAH
SK Tandop Besar
KOD SEKOLAH
KBA 7010
LOKASI SEKOLAH
Luar Bandar
GRED SEKOLAH
A
SESI
1 sesi (pagi)
ALAMAT
SK Tandop Besar, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
TARIKH PENUBUHAN
1950-an
PERASMIAN
29 Jun 1978 bersamaan 23 rejab 1378, oleh Dato' Seri Syed Ahmad Shahabudin Dato' Seri Mahawangsa (Menteri Besar Keedah)
TEL/FAKS
04-7868307
EMAIL
sktandopbesar.ppdptp@gmail
PEJABAT PPD
Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap
PORTAL PPD
http://www.ppdpadangterap.net
PKG
PKG Naka
JARAK KE PPD
9 km
KELUASAN
6 ekar (2.428 hektar)
SEKOLAH TERDEKAT
MUKIM
Belimbing Kanan
DUN
Pedu
PARLIMEN
Padang Terap
ILMU PANDUAN HIDUP